Kawan itu Teman

Wednesday, October 13, 2010

Jangan Mencari Terlalu "SEMPURNA"

Jika kamu memancing ikan
Setelah ikan itu terlekat di mata kail
Hendaklah kamu mengambil ikan itu
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu sahaja
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup

Begitulah juga……

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang
Setelah dia mulai MENYAYANGI kamu
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja
Kerana apabila ia mulai RETAK,
tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja

Begitulah juga……

Jika kamu sedang memiliki seseorang
TERIMALAH dia seadanya
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa
Anggaplah dia manusia biasa
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN
tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA
dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA
dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja
kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja


Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT
Mengapa kamu berlengah lagi?
dan kamu cuba mencari makanan yang lain
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri
dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi
Kamu akan MENYESAL

Begitulah juga……

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu
MENYAYANGIMU, MENGASIHIMU dan MENCINTAIMU
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN
Kelak, dia akan BERJAUH HATI
dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI, kita akan BAHAGIA dan terus BAHAGIA..itu lebih BERMAKNA~

6 comments:

Sarah said...

btul apa yg akak kate tu, ramai org yg 'berlengah, pd hal yg di depan mata tu jugak yg dia tak nampak. hati dh mula berdetik, tp masih berlengah takut2, kalau ada peluang yg lebih baik, tp dia tak tahu sbnrnya, mungkin dia takkan dapat peluang sebaik apa yg dia dapat pada saat tu.

Priya said...

I love this so much.. :) if u x mind.. nak cOpy boleh?
wana send to ma BF as his FB mesej?

leo's said...

bkn kew manusia 2 m'iginkan kesempurnaan...bkn kew ke sempurnaan 2 mng dituntut...

syikinshuhaimi said...

sarah:betul tu..manusia ni hanya tahu mencari kesempurnaan..tidak sume manusia sempurna..sedangkan diri kite yang ingin mencari kesempurnaan adakah kite ni sudah sempurna..peluang hanya datang skali saje..jangan sia2 kan peluang yang ada didepan mata

syikinshuhaimi said...

priya:bleh je..sy pn ambik dr org :)

syikinshuhaimi said...

leo:jgn terlalu memilih..manusia tidak sempurna..tapi kalau diri kite nak berusaha kearah kesempurnaan xpe.